SERUNDING


PN. SAPIAH BT. MAT DAUD
(kak yah)

Salam ukhwah kepada semua pelayar internet..syukur ke hadrat ilahi dengan rahmat dan izinNya..akhirnya kak Yah berjaya memulakan perniagaan secara online setelah berkecimpung hampir 10 tahun dalam perniagaan makanan kering di Pasar Besar Siti Khadijah dari tahun 1993. Bermula dari tahun 2002 kak Yah beralih kepada pembuatan serunding dan beroperasi dari rumah. 


Alhamdulillah, dan terima kasih terutamanya kepada kakak kak Yah sendiri iaitu pn. Hjh Saudah yang memberi peluang kepada kak Yah untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan seterusnya mengeluarkan modal untuk memulakan pembuatan serunding dengan serius. Segala jasa beliau hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

PROSES MASAK SERUNDING

SERUNDING IKAN SEGAR
 TENGOK NI IKAN SARUNG GOLOK


DAH KENA SIANG..KEPALA TU MASAK KARI SEDAP :)

PEMBUATAN SERUNDING IKAN
Mesti ramai yang suka makan serunding ikan kan? ada yang suka ratah macam tu jer, ada yang suka makan dengan nasi, ada yang suka kepit dengan roti..kalau kira memang banyak la kegunaan serunding ikan. Tapi kitorang buat serunding khusus untuk karipap mini puteri yang semestinya rangup..dan sedapnyeeerrrr...
Korang pun mesti ramai yang pernah buat serunding ikan ni kan..tetapi semestinya tidak sama dengan serunding buatan kelantan ...betol tak?? Betul la...sebab ramai pelanggan kat Pasar Siti Khadijah tu datang dari seluruh pelosok Malaysia.Dari Terengganu pun ada..padahal jiran je. Semata-mata nak cari barang-barang kat Kelantan ni. Tak kira la serunding ke,dodol,popia,keropok segera, toto, narita, kelambu dan macam-macam lagi la.